agama islam - tenangkan jiwa

sama sama lah kito cari kebenaran sesungguh kebenaran sajalah yg akan membatalkan yg batil dlm kehidupan kita seharian...

Wednesday, September 02, 2009

salam ukhwah

lama x menulis kat blog, mengarang perlu pada ketenangan dan masa. apakan daya masa dan keika tak mengizin kan

Tuesday, December 04, 2007

gerhana - kekuasaan Tuhan

klik di gambar untuk tengok perjalanan gerhana - gambar ihsan http://www.falak-online.net


Tuesday, November 27, 2007

petua orang tua-tua

Bagitahu kami jika anda ada sebarang masalah, banyak lagi petua yang dpt d'kongsi bersama.. dari hujing kaki hingga hujung kepala, baik dalaman atau luaran.. Kita hanya berikhtiar, kuasa Tuhan yang menyembuhkan. Petua mengatasi ilmu. Ntah la..

Menghilangkan Kelemumur

Caranya; parut nenas muda kemudian lumurkan pada kepala. Sapu rata-rata hingga ke kulit. Biarkan seketika sebelum di basuh.Amalkan selalu, anda akan dapati kelemumur akan hilang.

Melembutkan Tangan

Ambil serbuk kopi yang telah digunakan, dan lumurkan pada tangan dan gosok dalam beberapa minit. Setelah itu bilas tangan anda dengan air bersih, Anda akan dapati tangan anda terasa lembut .Ulangi selalu.

Ubat Senggugut

Cara mengatasi; Ambil secekek pucuk senduduk dan cuci bersih. Ibu kunyit sebesar jari manis dibuang kulit dan di rebus bersama daun senduduk dengan tiga cawan air. Apabila air tinggal lebih kurang satu cawan, tapis dan baca selawat tiga kali. Minum ketika masih suam tiga pagi setiap kali haid.

Atasi Badan Berbau

Cara mengatasinya, ambil kulit oren dan rebus di dalam periuk dengan sedikit air selama lima minit. Sejukkan sebentar dan selepas itu sapu pada badan. Amalkan selalu insya-allah usaha anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Hilang Kedut Muka

Ambil sebiji lobak merah, parut hingga hancur. Kemudian ambil satu susu tepung jagung dan sebiji kuning telur. campurkan semua ramuan itu dan kacau sehingga sebati. sapukan pada tempat berkedut itu. Biarkan 20 minit dan basuh.. pakai malam, cuba lah.

Mulut Berbau

Ambil tujuh (7) daun sirih, kemudian ramas dengan semangkuk air suam dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan berkumur setiap pagi.. InsyaAllah

Atasi Masalah Bulu Ketiak

cabut semua bulu ketiak, selepas itu celup ubi kunyit "kunyit hidup" kedalam kapur sirih. dan gosok2 hingga rata selama beberapa minit.. Amalkan beberapa kali mudahan masalah akn selesai.. bulu ketiak tak akan tumbuh lagi..

Monday, November 26, 2007

Petua Mencuci Hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satukaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekalimengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat

Tuesday, October 30, 2007

sifat-sifat Allah ( sifat 20 )

Sifat Wajib - Maksud Sifat - Sifat - Mustahil - Maksud

1. Wujud - Ada - Nafsiah - Adam - Tiada
2. Qidam - Sedia Ada - Salbiah - Haduth - Baharu
3. Baqa - Kekal - Salbiah - Fana - Akan binasa
4. Mukhalafatuhu lilhawadith - Menyalahi atau berlainan bagi-Nya dengan suatu yang baru
- Salbiah - Mumathalatuhu lilhawadith
- Menyamai atau bersamaan bagiNya dengan suatu yang baru
5. Qiamuhu binafsih - Berdiri-Nya dengan sendiri
- Salbiah - Qiamuhu bighairih
- Berdiri-Nya dengan yang lain
6. Wahdaniat - Tunggal - Salbiah - Ta'addud - Berbilang-bilang
7. Qudrat - Berkuasa - Ma'ani - Ajzun - Lemah
8. Iradat - Berkehendak menentukan - Ma'ani - Karahah - Benci iaitu tidak menentukan
9. Ilmu - Mengetahui - Ma'ani - Jahlun - Bodoh
10. Hayat - Hidup - Ma'ani - Al-Maut - Mati
11. Sama' - Mendengar - Ma'ani - As-Summu - Pekak
12. Basar - Melihat - Ma'ani - Al-Umyu - Buta
13. Kalam - Berkata-kata - Ma'ani - Al-Bukmu - Bisu
14.Kaunuhu qaadiran - KeadaanNya yang berkuasa
- Ma'nawiyah - Kaunuhu ajizan - Keadaan-Nya yang lemah
15. Kaunuhu muriidan - KeadaanNya yang berkehendak menentukan
- Ma'nawiyah - Kaunuhu kaarihan
- Keadaan-Nya yang benci iaitu tidak menentukan
16. Kaunuhu 'aliman - KeadaanNya yang mengetahui - Ma'nawiyah - Kaunuhu jahilan
- Keadaan-Nya yang bodoh
17. Kaunuhu hayyan - KeadaanNya yang hidup - Ma'nawiyah - Kaunuhu mayitan
-Keadaan-Nya yang mati
18. Kaunuhu sami'an - KeadaanNya yang mendengar - Ma'nawiyah - Kaunuhu asamma
-Keadaan-Nya yang pekak
19. Kaunuhu basiiran - Keadaan-Nya yang melihat - Ma'nawiyah - Kaunuhu a'maa
-Keadaan-Nya yang buta
20. Kaunuhu mutakalliman - Keadaan-Nya yang berkata-kata - Ma'nawiyah - Kaunuhu abkam
-Keadaan-Nya yang kelu

Saturday, August 05, 2006

Bab Mandi Wajib - Hadas Besar

PENGERTIAN MANDI

Dari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.
Dari segi syara‘, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yang tertentu.
PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI

1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakar yang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluar mani.
2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.
3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaan sihat pada waktu yang tertentu.
4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
5. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.
6. Mati, kecuali mati syahid.

FARDU MANDI
1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.
Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya seperti berikut:
Maksudnya:“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.
Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnya adalah seperti berikut:
Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.
atau
Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.
2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.
3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.

PERKARA SUNAT SEMASA MANDI
Terdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz
2. Berwudhu’ sebelum mandi.
3. Membasuh dua tapak tangan.4. Menggosok seluruh bahagian badan.
5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.
6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.
7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggota dengan anggota yang lain.

MANDI-MANDI SUNAT
Mandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:
1. Mandi hari Juma‘at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma‘at. Waktunya dari naik fajar sadiq.
2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hari raya itu.
3. Mandi kerana minta hujan (istisqa’).
4. Mandi kerana gerhana bulan.
5. Mandi kerana gerhana matahari.
6. Mandi kerana memandikan mayat.
7. Mandi kerana masuk agama Islam.
8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.
9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.
10. Mandi ketika hendak ihram.
11. Mandi kerana masuk Makkah.
12. Mandi kerana wuquf di ‘Arafah.
13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.
14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.
15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida‘.
16. Mandi kerana sa‘i.
17. Mandi kerana masuk ke Madinah.

Bab Najis

PENGERTIAN NAJIS

Dari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.
Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS
Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:

1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:

i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya.
Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.

2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikan air kencing.

2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.

CARA MENYUCI NAJIS

Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.
Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)
Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)
Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan atau dialirkan air ke atasnya.

· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

Monday, January 30, 2006

Takwin Hijrah

Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwin yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam untuk menentukan hari kebesaran islam . Ia merupakan sejenis kalendar lunar (berasaskan bulan), dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun.

Sejarah
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil-Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Amalan seseorang Islam

1. Mengucap Bismillah, pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah, pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah, jika lidah terselit perkataan yang tidak patut diungkapkan.

4. Mengucap Insya Allah, jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah ,jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun, jika menghadapi dan menerima musibah.
Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah, sepanjang siang & malam sehingga tak terpisah dari lidahnya,mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat, mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan.