agama islam - tenangkan jiwa

sama sama lah kito cari kebenaran sesungguh kebenaran sajalah yg akan membatalkan yg batil dlm kehidupan kita seharian...

Wednesday, September 14, 2005

Kisah Imam Syafii

Kisah Imam Syafii Membahaskan Seratus Masalah Di Waktu Tidur


Imam Ahmad bin Hambal sentiasa menceritakan kepada puterinya berkenaan dengan kealiman, ketakwaan, dan ibadah seorang gurunya yang luarbiasa. Puterinya itu sangat tertarik dan ingin melihat siapa tok guru tersebut dan hendak melihat ketekunannya dalam beribadah. Guru Imam Ahmad bin Hambal itu namanya Muhammad bin Idris Asy Syafi'l atau dipanggil Imam Syafii.

Suatu hari Imam Syafii berkenan menziarahi rumah muridnya Imam Ahmad bin Hambal dan bermalam di rumah muridnya itu. Pucuk dicita ulam mendatang. Puteri Imam Ahmad sangat gembira sekali apabila mengetahul bahawa tok guru ayahnya mahu tidur di rumahnya. Dia ingin mengetahul bagaimana ibadah Imam Syafii dan kuatnya beribadah malam.

Malam pun tiba. Imam Syafii masuk ke dalam bi Ilk yang telah disediakan. Keluarga Imam Ahmad tidur awal dan bangun sebentar kemudian untuk beribadah malam sebagaimana biasanya. Puteri Imam Ahmad yang ingin melihat bagaimana zikir, wind dan solat Imam Syafii telah berjaga-jaga sepanjang malam. Dia berzikir sambil mengintal ke bilik tidur Imam Syafii dan didapatinya Imam itu tidur sahaja. Sang puteri berzikir lagi, sebentar kern udian Ia mengintal lagi dan didapatinya Imam Syafii tetap tidur. Begitulah seterusnya sampal pagi puteri Imam Ahmad tidak melihat Imam Syafii solat atau berzikir sepanjang malam itu. Sebaliknya dia tidur berterusan sampal fajar. Hal ini bercanggah dengan keterangan ayahnya.

Apabila menjelang pagi, puteri Imam Ahmad itu berkata kepada ayahnya:

"Saya tahu bahawa ayah selalu menghormati Imam Syafii dan memuji-muji ibadah dan ketaatannya. Tetapi setelah saya tengok malam tadi beliau tidak solat malam, tidak berzikir dan tidak berwi rid. Bahkan beliau tetap tidur saja di atas katil."

Sewaktu Imam Ahmad bercakap-cakap dengan anaknya itu Imam Syafii bangun dan tidurnya.

Maka berkatalah Imam Ahmad: "Bagaimanakah keadaan tuan malam tadi?"

Imam Syafii menjawab: "Alhamdulillah, malam tadi aku memperolehi barakah yang sangat banyak sekali."

Imam Ahmad bertanya:"Mengapa demikian?"

Imam Syafil menjawab: "Kerana pada malam tadi, aku dapat menyusun seratus masalah dengan sebaik-baiknya di waktu aku berbaring di atas katil. Semua masalah yang saya fikir dan saya susun adalah kepentingan Islam dan sangat berguna bagi semua kaum muslimin."

Puteri Imam Ahmad hairan mendengar keterangan itu. Dan apabila Imam Syafii pergi, Imam Ahmad berkata kepada puterinya:"ltulah yang telah beliau kerjakan malam tadi. Padahal beliau kelihatan berbaring di atas katil sahaja. Sebetulnya apa yang telah beliau lakukan itu adalah lebih utama daripada yang aku lakukan iaitu solat malam."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home